Senarai Blog Saya

Selasa, 20 Januari 2009

Pengenalan Komputer


Komputer Berjenama dan klon

Apa itu klon?

Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan kion

Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda

Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat. Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.

Langkah-Langkah Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik.

Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.

Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity).

Peralatan Kerja (Tools)

Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.

http://notakom.tripod.com/

Ahad, 18 Januari 2009

Bab Pertama - Kelebihan Ilmu

sekadar hiasan-isteri dan anak-anak ku, semoga dirahmati Allah untuk dunia dan akhirat.

"Allah mengakui bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain dari padaNya dan malaikat-malaikat mengakui dan orang-orang berilmu,yang tegak dengan keadilan". (S. Ali Imran-18).

Maka lihatlah, betapa Allah swt. memulai dengan diriNya sendiri dan menduai dengan malaikat dan menigai dengan ahli ilmu. Cukuplah kiranya dengan ini, buat kita pertanda kemuliaan, kelebihan, kejelasan, dan ketinggian orang-orang yang berilmu.

Pada ayat lain Allah swt. berfirman:

Ertinya:
"Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat". (S. Al-Mujadalah, - 11)

Ibnu Abbas radliallaahu 'anh (ra.) (direlai Allah dia kiranya) mengatakan: "untuk ulama beberapa tingkat di atas orang muk'min, dengan 700 tingkat tingginya. Antara dua tingkat itu, jaraknya sampai 500 tahun perjalanan".

Pada ayat lain Allah swt. berfirman:

ertinya:
"Katakanlah! Adakah sama antara orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?" (S. Az-Zumar-9)

Berfirman Allah swt.:
"Sesungguhnya yang takut akan Allah daripada hambanNya ialah ulama (ahli ilmu)" (S. Fathir-28)

Berfirman Allah swt.:

Ertinya:
"Katakanlah! Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu dan orang-orang yang padanya ada pengetahuan tentang Al-Quran". (S. Ar-Ra'd-43)

Sabtu, 17 Januari 2009

Mempelajari Kitab Ihya' Ulumiddin

sekadar hiasan anna bersama keluarga.

Bismillahirahmanirrahim, pertama-tama pujian bagi Allah sebanyak banyak pujian, berterusan, selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasululullah SAW.

IsyaAllah di sini kita bakal "Menghidupkan Kembali Ilmu-Ilmu Agama" (Ihya' Ulumiddin)
marilah kita sama belajar, sama mengajar... dengan sedikit pengetahuan dan ilham yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita bagi membersirkan diri dan membaikkan hati. Menggunakan umur yang sedikit, isyaAllah syariat Allah untuk kita yang ingin belajar.

Mendapat penunjuk dan teman ketika susah mengelakkan kesombongan dan penyakit hati yang banyak. Marilah sama-sama kita menghayati dan mengambil pengajaran daripada kita tersebut, isyaAllah.

Hari Baru Di PERHEBAT

Memulakan hari baru di PERHEBAT dengan visi dan harapan baru untuk menerima ilmu bagi persiapan bakal pesara tentera gitu...
Taklimat ringkas oleh Ketua Seksyen En. Zaini menyatakan bahawa pelatih perlu mengambil peluang ini sebaik mungkin untuk memajukan diri sendiri, kerana dunia ICT terlalu cepat berubah adalah lebih baik untuk menerima pelajaran dan pengajaran dengan jujur dan ikhlas demi mencapai suatu titik kejayaan gemilang dunia baru, alam baru, selamat berjumpa lagi sahabat-sahabat sekelian.

Sedikit peringatan buat diri sendiri dan saudara-saudara ku semua...

Antara Orang-orang yang Didoakan oleh Malaikat
Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya” (QS Al Anbiyaa’ 26-28)
Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci” (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu shalat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’” (Shahih Muslim no. 469)

dipetik daripada:

http://tamanfirdaus i.blogspot. com