Ada tiga cara bagi menyermpurnakan ibadat Haji.
Haji Tamattu', Qiran dan Ifrad.
Haji Tamattu' ialah berihram untuk umrah pada bulan-bulan haji (Syawal, Dzulqaedah dan 10 hari pertama bulan DzulHijjah). Hendaklah diselesaikan dahulu umrahnya pada waktu-waktu itu. Kemudian berihram untuk haji dari Mekah atau sekitarnya pada hari Tarwiyah ( 8 DzulHijjah) pada tahun umrahnya tersebut.
Haji Qiran ialah berihram untuk umrah dan haji sekaligus dan tetap berihram (tidak tahallul) sampai hari nahr (10 DzulHijjah) atau berihram untuk umrah terlebih dahulu, kemudian sebelum melakukan tawaf memasukkan niat haji.
Hiaji Ifrad ialah berihram untuk haji dari miqat atau dari Mekah bagi penduduk Mekah atau dari tempat lain di daerah miqat bagi yang tinggal di sana, kemudian tetap dalam keadaan ihramnya sampai hari nahr apabila ia membawa haiwan kurban. Jika tidak membawanya maka dianjurkannya untuk membatalkan niat hajinya dan menggantikannya dengan umrah.
Selanjutnya melakukan tawaf, sai, mencukur rambut dan bertahallul, sebagaimana perintah Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang berihram haji tetapi tidak membawa haiwan kurban. Demikian pula bagi yang melakukan haji Qiran, apabila ia tidak membawa haiwan kurban, dianjurkan untuk membatalkan niat qirannya dan menggantikannya menjadi umrah, sebagaimana yang tersebut di atas.
Ibadah haji yang lebih utama ialah haji Tamattu' bagi yang tidak membawa haiwan kurban, oleh kerana Rasulullah SAW memerintahkan hal itu dan menekankannya kepada para sahabat baginda.