Setiap sesuatu kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, masyarakat dan seluruhnya kepada Alam adalah pahala sedekah untuknya. suatu catatan untuk diri sendiri dan saudara seIslam.
Senarai Blog Saya
Selasa, 29 September 2009
lawatan
Hari ini ada lawatan tapak ke Parlimen, pertama kali jejak ke Parlimen kira okay juga, tau lah tempat di mana ahli-ahli parlimen masuk dan tempat siar.
Ahad, 27 September 2009
Balik Kampung Dewan Kechil, Machang
Alhamdulillah ana selamat sampai ke kelantan setelah merendah jalanraya dalam kegelapan malam yang mana sekali sekala ditimpa hujan, namun demi meraikan aidil fitri bersama bonda tercinta tercapai juga.
Bermula jam 12 malam, bukan mengambil kesempatan kerana dikecualikan membayar tol, tetapi pergerakan di waktu malam (tengah malam) memang menyegarkan kerana cuaca dan suasana tidak lah 'panas' berbanding dengan siang.
Memasuki lebuhraya karak... jalan ok tetapi lepas tol aje dah jem.... beberapa minit sahaja dah macam tu,.. agak ana bila lah nak sampai... terus ana membuat pusingan U tak jadi lalu ikut Raub, Kuala Lipis tetapi ikut Kuantan - Kuala Terengganu - Machang.
Walau penat alhamdulillah sampai jam 10 pagi... dengan cuaca yang segar, semuanya selamat. Apa lagi terus aje melabuhkan kapal di pelabuhan... tidur barang sejam dua bagi melepaskan penat badan,.
Langgan:
Catatan (Atom)