Senarai Blog Saya

Ahad, 31 Mei 2009

Tanda-Tanda Sakit

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah :
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur
: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata :
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata :
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema :
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat
: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering.
Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong.
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah.
Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat :
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung :
Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air .


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas.
Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .
Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.


b) KEBAS TANGAN :
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku.
Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser .


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .

Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ;
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH :
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR
: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah :
Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam:
Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM :
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal:
Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap:
Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan .
iv) Sakit menegang :
Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS .
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Jumaat, 29 Mei 2009

Jalan ke Akhirat

cryKita semua akan meninggal dunia. Betapa banyak, saudara mara dan keluarga kita yang telah meninggal dunia dan telah dikuburkan. Kita kita datang ke kubur, kita mengucapkan salam, bahawa sekarang Anda yang meninggal besoklusa pun saya.
Maka ketika kita datang ke kubur, itu merupakan sebuah iktibar untuk kita, bahawa dia meninggal dunia, saya meninggal dunia. Kekayaan didunia tak dibawa, hanya amal yang saya bawa.
Oleh karena itu, ketika kita ziarah ke kubur, meningkatkan ibadah kita, meningkatkan amal kita, amal dan ketakwaan kita agar kita meninggal membawa bekal yang banyak.

Bak kata menangis air mata darah sekalipun dah tidak berguna lagi, ingat-ingatlah wahai saudara-saudara ku.

Khamis, 7 Mei 2009

Tips Pintasan Mudah Komputer


Shut down
Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4

Memilih File
Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A,
Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C,
Untuk Paste tekan kekunci Ctrl + V dan
Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S.
Untuk Undo tekan Ctrl + Z

Untuk menghentikan "downloading web page"
Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.
Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.

Pintasan ke 'Start'
Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.
Menaip URL pada Address Bar
Jika anda menggunakan Internet Exploreratau Mozila Firefox. Anda tidak perlu menaip "http://www.familiazam.com" di adress bar, sebaliknya anda hanya perlu taip "familiazam" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .com
- Shift+Enter: Untuk alamat .net
- Ctrl+Shift+Enter: Untuk alamat .org
www.familiazam.com
Mencetak dari web
Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.

Melihat properties sesuatu fail
Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik
Membuka satu tetingkap IE baru
Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.

Menamakan (rename) sesuatu fail
Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.
Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.

Menyimpan Url kedalam My Favorite
Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.
Hentikan Fungsi Autoplay
Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.

Pintasan ke tapak web baru
Bagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin menggunakan kekunci L selain kekunci O.
Pintasan untuk Windows Explorer
-Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.

Fungsi kekunci F11
-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.
Melebarkan dan mengecilkan tingkap
-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.

Pintasan web dari desktop
-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.
Masalah untuk bermain games
-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD
tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd
tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.

Mempersegarkan paparan
-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan
butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.
Melihat permulaan dan akhir dokumen
-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.

Pintasan mudah
-Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:
Tekan kekunci Windows dan :
E -melancarkan Windows Explorer/My Computer
R -membuka kotak Run
F -membuka kotak Find
F1- melancarkan help
M -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)

dengan ihsan www.familiazam.com

Rabu, 6 Mei 2009

Hantar E-mail Melalui SMS


Hantar alamat email kita ke DAPAT dengan ini mesej yang dihantar tadi akan terus dihantar ketelefon bimbit kita. terus lakukan langkah berikut, taip: RMKL SET [alamat email penghantar] hantar ke DAPAT Apa yang akan berlaku ialah, no telefon yang kita gunakan akan digandingan dengan alamat email yang kita hantar tadi.

Bagaimana sistem hendak mengetahui yang kita adalah empunya sebenar email yang kita hantar tadi. Mudah sahaja, apabila SMS yang dihantar tadi diterima oleh sistem, satu nombor pengesahan 6 digit akan dihantar kealamat email yang diberikan tadi.

Kita hanya perlu menghantarkan kod yang diterima tadi seperti yang diarahkan. Sistem akan mengandingkan alamat email yang kita berikan tadi dengan no telefon kita. Selepas dari ini jika kita hendak menghantar SMS kepada rakan kita dan kita tidak ingat no telefon mereka kita boleh mulakan SMS kita dengan email rakan kita dikuti dengan mesej dan hantar ke DAPAT, SMS tersebut akan dihantar terus kepada rakan kita dan diteima ditelefon bimbit yang nombornya telah digandingkan tadi.

Untuk menghantar SMS menggunakan alamat email, taip: [alamat email penerima] [mesej] hantar ke DAPAT Oleh kerana kita menghantar SMS ini melalui alamat email, semua SMS yang dihantar akan disalin dan disimpan didalam email kita, dengan cara ini, jika SMS kita penuh kita boleh memadamnya bila-bila masa tanpa perlu kita teragak-agak. Dan jika telefon bimbit kita hilang, semua SMS yang dihantar akan berada didalam email kita untuk rujukan akan datang.

tip from Azli Paat

Selasa, 5 Mei 2009

Peringatan Hati


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata:


Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Ucapanzikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.

Ucapan zikir SubhaanaLlah danal-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

Sembahyangitu adalah cahaya.

Sedekah itu adalah saksi.

Sabar itu adalah sinaran.

Al-Qur'anitu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu.

Setiap manusia keluar waktu pagi,ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yangmencelakakan dirinya.(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Isnin, 4 Mei 2009

Penghormatan Untuk Ibu Bapa


Dalam Islam, tuntutan berbakti kepada kedua ibu bapa amat diutamakan. Dalam firman Allah, perintah berbuat baik kepada ibu bapa disebut mengiringi perintah menyembah Allah sebelum disebut perintah-perintah lain, sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyengutukan-Nya dengan suatu apa pun dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kamu, kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, ...." - (al-Nisa: 36).


Dalam al-Quran, ulangan perintah Allah Taala supaya menusia berbakti kepada kedua ibu bapanya terdapat dalam ayat-ayat yang lain. (Lihat ayat 14, surah Luqman dan ayat 15 surah al-Ahqaf).


Islam mengajar penganut-penganutnya tentang cara berbakti kepada ibu bapa, bukan saja kepada ibu bapa yang masih hidup tetapi juga kepada ibu atau bapa yang sudah mati.


Berikut adalah petikan maksud ayat-ayat suci al-Quran yang berkaitan: · "Dan telah memutuskan Tuhanmu supaya janganlah kalian menyembah selain Dia, dan hendaklah kalian berbuat baik kepada ibu bapa kalian dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu atau kedua-duanya, maka sekali-kali janganlan engkau mengatakan "ah!" kepada kedua-duanya dan janganlah membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (baik dan sopan). Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku ketika kecil" - (al-Isra`: 23-24). ·


"Dan jika keduanya (ibu bapa) memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah engkau mengikut mereka dan (tetapi) bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang makruf (berbakti kepada mereka)" - (Luqman : 15). · ... bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu - (Luqman : 14). Anjuran dan ajaran berbakti kepada ibu dan bapa terdapat pula dalam riwayat-riwayat hadis. Tentang layanan dan penghormatan anak kepada ibu bapa, misalanya, Rasulullah mengatakan, bahawa memandang wajah ibu bapa dengan penuh kasih sayang adalah satu ibadah (Riwayat Abu Nuaim Daripada Aisyah).


Tentang hak bapa yang perlu diakuri oleh anak, Rasulullah mengatakan, bahawa anak dan hartanya adalah milik bapanya (HR, Ibnu Majah Daripada Jabir).


Tentang kesan daripada kerelaan dan kemarahan ibu bapa terhadap anak, Rasulullah memberitahu, bahawa kerelaan Allah terhadap seseorang adalah bergantung kepada kerelaan ibu bapanya dan kemarahan Allah juga berikutan daripada kemarahan ibu bapa (Riwayat Termizi daripada Abdullah bin Amir).


Setiap anak juga dianjurkan berbakti kepada ibu bapamya yang telah meninggal dunia dengan mendoakan keampunan Allah untuk mereka. Dalam hal ini Rasulullah pernah menjelaskan bahawa seseorang bapa akan diangkat darjatnya di syurga berikutan dengan tindakan anaknya memohon keampunan untuk dirinya (bapa) - (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Baihaqi daripada Abu Hurairah).


Di samping berdoa untuk ibu bapa, menziarahi kubur ibu atau bapa juga dianjurkan. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menziarahi kubur kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka pada setiap hari Jumaat, nescaya akan diampunkan dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti (kepada ibu bapanya)" - (HR, Tabrani daripada Abu Hurairah).