Senarai Blog Saya

Rabu, 6 Mei 2009

Hantar E-mail Melalui SMS


Hantar alamat email kita ke DAPAT dengan ini mesej yang dihantar tadi akan terus dihantar ketelefon bimbit kita. terus lakukan langkah berikut, taip: RMKL SET [alamat email penghantar] hantar ke DAPAT Apa yang akan berlaku ialah, no telefon yang kita gunakan akan digandingan dengan alamat email yang kita hantar tadi.

Bagaimana sistem hendak mengetahui yang kita adalah empunya sebenar email yang kita hantar tadi. Mudah sahaja, apabila SMS yang dihantar tadi diterima oleh sistem, satu nombor pengesahan 6 digit akan dihantar kealamat email yang diberikan tadi.

Kita hanya perlu menghantarkan kod yang diterima tadi seperti yang diarahkan. Sistem akan mengandingkan alamat email yang kita berikan tadi dengan no telefon kita. Selepas dari ini jika kita hendak menghantar SMS kepada rakan kita dan kita tidak ingat no telefon mereka kita boleh mulakan SMS kita dengan email rakan kita dikuti dengan mesej dan hantar ke DAPAT, SMS tersebut akan dihantar terus kepada rakan kita dan diteima ditelefon bimbit yang nombornya telah digandingkan tadi.

Untuk menghantar SMS menggunakan alamat email, taip: [alamat email penerima] [mesej] hantar ke DAPAT Oleh kerana kita menghantar SMS ini melalui alamat email, semua SMS yang dihantar akan disalin dan disimpan didalam email kita, dengan cara ini, jika SMS kita penuh kita boleh memadamnya bila-bila masa tanpa perlu kita teragak-agak. Dan jika telefon bimbit kita hilang, semua SMS yang dihantar akan berada didalam email kita untuk rujukan akan datang.

tip from Azli Paat

Tiada ulasan: