Setiap sesuatu kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, masyarakat dan seluruhnya kepada Alam adalah pahala sedekah untuknya. suatu catatan untuk diri sendiri dan saudara seIslam.
Senarai Blog Saya
Isnin, 1 Disember 2008
Ciri Hamba...
1. ciri-ciri seorang hamba yang celaka adalah :
a. Ketika ilmu bertambah, maka semakin bertambah kesombongannya.
b. Ketika bertambah amalannya, maka makin bertambah kebanggaan kepada dirinya sendiri dan penghinaan kepada orang lain.
c. Ketika semakin bertambah kemampuan dan kedudukannya, semakin bertambah pula kesombongannya.
2. ciri hamba yang mendapat kebahagiaan dan kemenangan:
a. Ketika ilmu pengetahuannya bertambah, maka bertambah pula kerendahan hati dan rasa kasih sayangnya.
b. Ketika bertambah amal-amalnya, semakin bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya dalam melaksanakan perintah Allah.
c. Ketika bertambah usia, maka semakin berkurang semua ambisi-ambisi keduniawiannya.
d. Ketika harta bertambah, maka bertambah pula sifat kedermawanannya.
e. Ketika bertambah tinggi kemampuan dan kedudukannya, maka bertambahlah pula kedekatan dirinya pada manusia dan semakin rendah hati kepada mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan