Senarai Blog Saya

Khamis, 4 Disember 2008

Syariat Allah


Syariat Allah ilah peraturan atau hukum hakam Allah. Syariat ini telah disebutkan di dalam Al-Quran dan dihuraikan pulan olhe hadis atau sunnah Rasulullah S.A.W. Dengan mematuhi syariat Allah, umat Islam mempunyai cara hidup yang berbeza daripada yang bukan Islam.

Syariat Allah boleh dipecahkan kepada lima hukum iaitu hukum:

1. Wajib - Perkara yang mesti dibuat. Jika dibuat mendatangkan pahala, jika ditinggalkan mendatangkan dosa.

2. Haram- Perkara yang mesti ditinggalkan (Jangan dibuat). Jika dibuat kita mendapat dosa, jika ditinggalkan kita mendapat pahala.

3. Sunat - Perkara yang digalakkan kita melakukannya, kerana walaupun tidak mengapa jika tidak dibuat (tidak berdosa) tetapi jika dibuat ia mendatangkan pahala.

4. Makruh - Parkara yang digalakkan kita menginggalkannya, kerana walaupun jika dibuat tidak mendatangkan dosa tetapi ia menyebabkan Allah benci atau tidak suka.

5. Harus - Perkara yang tidak mendatangkan pahala atau dosa sama ada dibuat atau ditinggalkan. Terpulang kepada kita.

Tiada ulasan: