Bercuti, berehat, ziarah, sesaja... atau apa sahaja.. boleh saja
Sangat sesuai untuk didiami oleh satu keluarga, anak beranak.
Kemudahan cam biasa, istimewanya ada Mini Kolam Mandi untuk anak-anak belajar berenang berumur 3-15 tahun, sangat santai, apa-apa hal boleh hubungi kawe 0192385043 SK Sabri, dengan kadar RM100.00 untuk 24 jam, berbaloi sangat berbaloi.
Boleh sangat sesiapa yang ada urusan kat:
Kg Melayu Seri Kundang, Kg Setia, Kuang, Paya Jaras, Bandar Baru Kundang, Kg Baru Kundang, Kundang Jaya, Sg Serai, Tasik Puteri, Taman Rahmat Jaya, Kg Permata, Bumi Hijau malah sahabat yang ke PERHEBAT pun boleh jah.
Jajaran jalanraya PLUS, Guthrie, LATAR dan lagi Jalan Kampung, hehe
Ingat bebudak jah, tapi boleh juga, kakak, abang, emak, ayah untuk menemani anak/adik/abang untuk membantunya berenang, hehe
Ada tangga turun dan bangku untuk anggota keselamatan, sendiri jaga tau..
Lorong ke kamar inap... ada jemuran lagi..
Sambil nonton boleh main boling lagi..
pas tu tidur
ruang menunggu untuk menunaikan hajat, kot ada yang lama bonar... he
Bilik air yang boleh menunaikan hajat dan mandi. Gambar bawah boleh bakar roti di sini...
Setiap sesuatu kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, masyarakat dan seluruhnya kepada Alam adalah pahala sedekah untuknya. suatu catatan untuk diri sendiri dan saudara seIslam.
Senarai Blog Saya
Khamis, 19 September 2013
Jumaat, 6 September 2013
Sambungan ~ Takziah.
Hukum memberi takziah adalah sunat. Takziah
selepas mayat ditanam adalah lebih utama dari takziah sebelum ditanam kecualilah
sekiranya mereka terlalu sedih dan tidak sabar, maka takziah sebelum mayat
ditanam adalah lebih afdhal. Hukum takziah juga sunat selama tiga hari
dari hari kematian, itu bagi orang yang tinggal setempat dengan si mati.
Makruh bagi mereka memberi takziah selepas tiga hari dari hari kematian, itu
bagi orang yang tinggal setempat dengan si mati. Makruh bagi mereka
memberi takziah selepas tiga hari, kerana ditakuti keluarga simati akan
bersedih semula apabila diberi takziah. Namun bagi orang yang berjauhan
dari tempat itu, waktu takziahnya ialah sehingga dia datang menziarahi keluarga
si mati walaupun selepas sebulan lamanya masa selepas hari kematian.
Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu
diambil perhatian, iaitu bagi simati mereka tidak dibenarkan berkumpul untuk
menerima takziah tersebut. Sebaliknya selepas menerima takziah tersebut
mereka hendaklah keluar menjalankan tugas masing-masing.
ms 117 Kitab Panduan Lengkap menguruskan Jenazah Karya Md. Uqbah An
Nafiq.
War-warkan beribadat: Adakah Itu Riak?
Adakah Itu Riak ?
Salam. Apa haba' ? Yati sihatka ? antie dah masukkan.......kelmarin. Awal sikit kerana ada urusan penting hujung bulan ini.
Salam.
Baik Alhamdulillah. Yati sihat jugak..yeke..terima kasih. Moga Allah
membalas kebaikan yang antie lakukan pada kami dengan
setimpalnya..amen.
Sabtu hari bulan ni, anak antie Narimah yang perempuan nak kahwin.
Ustaz,
kebetulan ni saya nak tanya, kalau dengan ada sebab kita terpaksa
bilang sama orang yang kita nak pergi umrah, adakah itu Riak ?
Sepertimana kata Fadil ibn Iyad ( seorang Ulama' tasawwuf ) :
"Meninggalkan amal kerana manusia adalah riak. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau dari keduanya."
Kalau kerana ada sebab atau terpakasa inform yang kita mahu menunaikan ibadah Umrah, itu bukan riak. Kalau sebab dan niat kita ingin inform p umrah kita Qasadkan untuk manafaat dia dan kita, itu bukan riak. Wal hal digalakkan agar kita lebih bersyukur dengan rezeki yang Allah beri."
Mana tahu.... dengan sebab kita
memberitahu yang kita nak pergi umrah, terdetik pula dihatinya untuk
pergi sama @pun bila dah cukup duit nanti. Maanalah tau.... Tuah Ayam
Nampak Di kaki...Tuah Manusia.... Lu fikir la sendiri...huhu.. yg ni
saya tambah...!
Terima kasih. saya faham.
Lagipun saya dah kenal sangat kat ustaz. Saya dan antie Narimah
InsyaAllah akan menunaikan ibadah Umrah. Kena pergi 5hb April.
InsyaAllah. Seronok tapi takut dugaan.
Ulasan saya.....
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah pada antie kerana dapat menunaikan Ibadah Umrah sekali lagi yang entah ke berapa kali dah....?.. Alhamdulillah dengan nikmat rezaki yang Allah kurniakan antie guna di jalan yang diredhai Allah. Semoga Ibadah Umrah yang bakal di ibadahkan diterima Allah swt.
Ulasan saya.....
Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah pada antie kerana dapat menunaikan Ibadah Umrah sekali lagi yang entah ke berapa kali dah....?.. Alhamdulillah dengan nikmat rezaki yang Allah kurniakan antie guna di jalan yang diredhai Allah. Semoga Ibadah Umrah yang bakal di ibadahkan diterima Allah swt.
Allah sebut dalam surah Ad-Dhuha Ayat 11 ," Adapun dengan nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut ( dan zahirkan ) sebagai bersyukur kepadanya."
Contoh nikmat yang Allah kurniakan pada kita ialah kekayaan harta, kita gunakan untuk menunaikan haji dan menunaikan Ibadah umrah, bersedekah, infaq Fisabilillah, keluarkan zakat, waqaf dan sebagainya.
Dari segi nikmat kemewahan rumah banglo, rumah besar, kereta yang menjalar, yakni kereta yeng berjenama seperti mercedes, Estima, BMW dan seumpamanya. kita gunakan kediaman rumah tersebut dengan beribadah, membaca Quran, berzikir, solat-solat nawafil, mengadakan majlis ilmu . Manakala Kereta pula kita gunakan untuk pergi ke masjid, ceramah-ceramah agama dan yang seutara dengan. Maka itu juga salah satu tanda syukurnya kita pada nikmat anugerahnya.
Begitu juga dengan apa yang dikatakan oleh baginda saw ." Menunjukkan kepada kebaikan umpama kita melakukannya, dan menunjukkan kepada kejahatan samalah melakukannya." Riwayat Imam Tarmizi.
Misalnya ada seseorang melihat kita solat sunat ba'diyah isya'( selepas solat fardhu isya' ), orang itu pun melakukan hal yang sama seperti kita. Padahal dia sudah memasang azam untuk tidak bersolat sunat, Hanya mahu menunaikan fardhu isya' sahaja, Oleh kerana dia melihat kita solat sunat, dia pun turut melakukannya. Maka apa yang dilakukannya itu, kita juga dapat pahala yang sama. Begitulah sebaliknya bagi orang yang melakukan kejahatan.
Begitulah perumpamaan yang saya berikan agar mudah difahami.
Wallahu A'lam.
Sebagai renungan khas binafsi ....
"Siapa yang beribadah di Masjid Al-Haram ( BaituLlah ) secara tidak langsung menjadi tetamu Ilahi. Bukan mudah untuk menjadi tetamu Allah dalam hal-ehwal menunaikan ibadah umrah apatah lagi ibadah haji, kalau kewangan sudah mencukupi, kesihatan pula very healthy, apa lagi yang dinanti... segeralah menuju ke tanah suci, sebelum tiba saat yang bakal pasti...namanya....?"
http://kamarudintoyoas-sabahi.blogspot.com/2010/04/adakah-itu-riak.html
Takziah Kepada Keluarga Si Mati
Takziah alas perkara dari iza
iaitu sabar, Takziah bererti menyabarkan dan menghiburkan orang yang
ditimpa musibah dengan menyebut hal yang boleh mengurangkan penderitaannya.
Memberi takziah bererti
orang-orang yang datang menziarah keluarga si mati hendaklah menyuruh keluarga
atau sahabat si mati itu supaya bersabar serta menyebut pahala bagi orang yang
bersabar atau sebagainya agar dengan itu dapat mengurangkan kesedihan di hati
keluarga si mati. Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
menghibur orang yang ditimpa musibah, maka baginya seumpama pahalanya".
(Riwayat Tarmizi)
Takziah boleh diucapkan
dengan kata-kata yang dapat meringankan penderitaan keluarga si mati menghadapi
musibah akibat kehilangan orang yang disayangi. Contohnya, kita boleh
menggunakan kata-kata yang biasa digunakan oleh baginda Rasulullah SAW.
Dari Usamah bin Zaid r.a.
katanya: "Saya kirim puteri Nabi SAW untuk menemuinya dan menyampaikan
bahawa putera saya telah meninggal serta mengharapnya agar datang.
Maka Nabipun mengirim orang buat menyampaikan Salam serta mengucapkan:
"Milik Allah apa yang diambil-Nya, dan milik-Nya pula apa yang
diberikan-Nya dan segala sesuatu pada-Nya mempunyai jangka waktu
tertentu. Dari itu hendaklah engkau bersabar dan menabahkan hati!"
(Riwayat Bukhari)
Bagi orang yang menerima
takziah hendaklah mengucapkan 'amin' dari pihak yang dikunjungi serta mengucapkan
"Semoga Allah akan memberimu pahala".
Khamis, 5 September 2013
Siapakah Kita
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Bertengkar Secara Positif
1. Jangan terlampau banyak bercakap
- Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.
2. Jangan menyebut kelemahan pasangan
- Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.
3. Jangan membalas perbuatannya
- Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.
4. Jangan cuba mengubah pasangan
- Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', isteri anda dibesarkan dalam keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.
5. Fokus pada masalah
- Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.
6. Jangan tinggikan suara
- Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan panggilan manja
- Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau 'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah 'aku' dan 'kau'.
8. Elakkan terlalu emosional
- Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan perkataan yang baik-baik
- Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur
- Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar luahan isteri
- Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jangan bergaduh di depan anak
- Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar
- Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO to third party
- Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.
15. Mengalah tidak bererti kalah
- Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai
- Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan
- Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan dan kemaafan
- Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 9: Sedangkan Lidah Lagi Tergigit dalam buku Manual Kerja Super Suami. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.
Langgan:
Catatan (Atom)