Senarai Blog Saya

Jumaat, 6 September 2013

Takziah Kepada Keluarga Si Mati

Takziah alas perkara dari iza iaitu sabar,  Takziah bererti menyabarkan dan menghiburkan orang yang ditimpa musibah dengan menyebut hal yang boleh mengurangkan penderitaannya.

Memberi takziah bererti orang-orang yang datang menziarah keluarga si mati hendaklah menyuruh keluarga atau sahabat si mati itu supaya bersabar serta menyebut pahala bagi orang yang bersabar atau sebagainya agar dengan itu dapat mengurangkan kesedihan di hati keluarga si mati.  Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa menghibur orang yang ditimpa musibah, maka baginya seumpama pahalanya". (Riwayat Tarmizi)

Takziah boleh diucapkan dengan kata-kata yang dapat meringankan penderitaan keluarga si mati menghadapi musibah akibat kehilangan orang yang disayangi.  Contohnya, kita boleh   menggunakan kata-kata yang biasa digunakan oleh baginda Rasulullah SAW.

Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya: "Saya kirim puteri Nabi SAW untuk menemuinya dan menyampaikan bahawa putera saya telah meninggal serta mengharapnya agar datang.  Maka Nabipun mengirim orang buat menyampaikan Salam serta mengucapkan: "Milik Allah apa yang diambil-Nya, dan milik-Nya pula apa yang diberikan-Nya dan segala sesuatu pada-Nya mempunyai jangka waktu tertentu.  Dari itu hendaklah engkau bersabar dan menabahkan hati!" (Riwayat Bukhari)

Bagi orang yang menerima takziah hendaklah mengucapkan 'amin' dari pihak yang dikunjungi serta mengucapkan "Semoga Allah akan memberimu pahala".

Tiada ulasan: