Senarai Blog Saya

Jumaat, 6 September 2013

Sambungan ~ Takziah.

Hukum memberi takziah adalah sunat.  Takziah selepas mayat ditanam adalah lebih utama dari takziah sebelum ditanam kecualilah sekiranya mereka terlalu sedih dan tidak sabar, maka takziah sebelum mayat ditanam adalah lebih afdhal.  Hukum takziah juga sunat selama tiga hari dari hari kematian, itu bagi orang yang tinggal setempat dengan si mati.  Makruh bagi mereka memberi takziah selepas tiga hari dari hari kematian, itu bagi orang yang tinggal setempat dengan si mati.  Makruh bagi mereka memberi takziah selepas tiga hari, kerana ditakuti keluarga simati akan bersedih semula apabila diberi takziah.  Namun bagi orang yang berjauhan dari tempat itu, waktu takziahnya ialah sehingga dia datang menziarahi keluarga si mati walaupun selepas sebulan lamanya masa selepas hari kematian.

Walaupun begitu ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, iaitu bagi simati mereka tidak dibenarkan berkumpul untuk menerima takziah tersebut.  Sebaliknya selepas menerima takziah tersebut mereka hendaklah keluar menjalankan tugas masing-masing.

ms 117 Kitab Panduan Lengkap menguruskan Jenazah Karya Md. Uqbah An Nafiq.

Tiada ulasan: