Senarai Blog Saya

Khamis, 12 Februari 2009

Kebersihan Jiwa dan Rohani


Antara sifat terpenting yang perlu ada pada pemimpin Muslim ialah kebersihan jiwa dan roh. Ia haruslah merasakan beratnya amanah yang dipikulnya dan dialah orang yang paling patut menunaikannya. Disamping itu pula, segala tanggungjawab kepimpinannya itu dan juga segala kewajibannya terhadap masyarakat umum, sekalipun banyak yang besar, tidaklah harus menghalanginya daripada memberi perhatian kepada dirinya dan menyelidiki serta memeriksa segala keaiban dan dosanya sendiri. janganlah ia tertipu dengan kerja-kerjanya yang tidak habis-habis itu, sehingga boleh menghilangkan unsur keikhlasan yang mana segala kerja itu akan hanya menjadi abu yang dihembuskan angin sahaja di sisi Allah Taala. Allah tidak akan menerima sesuatu amalan itu melainkan yang suci (ikhlas) dan baik sahaja sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan Kami perhatikan amalan yang telah mereka kerjakan, lalu Kami jadikannya sebagai debu yang bertaburan".

[Al-Furqaan: 23]

Pemimpin hendaklah sentiasa mengingati Allah. Sentiasa memikirkan tentang mati, tentang kubur, tentang syurga dan neraka. Hendaklah ia mengelokkan ibadatnya, membanyhakkan amalan-amalan sunat, tidak meninggalkan sembahyang-sembahyang tahajjud waktu tengah malam (qiamu llail): firmanNya yang bermaksud:

"Bahawa mendirikan sembahyang di larut malam itu adalah sangat dalam kesannya (di dalam perasaan) serta lebih betul sebutannya (bacaannya)".

[Al Muzzammil: 5]

Tiada ulasan: