Setiap sesuatu kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, masyarakat dan seluruhnya kepada Alam adalah pahala sedekah untuknya. suatu catatan untuk diri sendiri dan saudara seIslam.
Senarai Blog Saya
Isnin, 16 Februari 2009
Pengertian Kalbu
Hati sanubari iaitu seketul daging yang berbentuk jantung yang terletak di sebelah kiri dada dan di dalamnya ada rongga, sedangkan di dalam rongga itu terdapat darah hitam. Di sinilah pusat pancaran dan lombong nyawa. Maksud kami disini bukalah untuk memperincikan tentang bentuk hati sanubari atau jantung itu dan cara-cara ia bekerja, kerana perincian seperti itu mempunyai hubungan dengan ikhtisas para doktor dan tidak mempunyai hubungan dengan maksud-maksud keagamaan. Hati sanubari terdapat pada semua haiwan, juga terdapat pada orang mati. Hati sanubari merupakan kejadian dari alam nyata yang dapat dilihat oleh binatang apatahlagi manusia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan