Senarai Blog Saya

Sabtu, 19 Disember 2009

Mandi Janabah dengan Rambut Tersanggul


Persoalan. Apakah diwajibkan menghuraikan rambut bersanggul ketika mandi janabah tersebut.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (Hadis Sahih) daru Ummu Salamah R.A., katanya

"Ya Rasulullah...! Aku seorang wanita yang suka menggulung rambut (menyanggul) rambutku. Apakah sanggul itu mesti aku huraikan setiap aku mandi janabah...?" Rasulullah menjawab: "Tidak perlu...! Cukuplah dengkau tuangkan air ke atas kepalamu sebanyak tiga kali, kemudian siramlah air ke tubuhmu, bererti engku telah suci". (H.S.R Ahmad, Muslim dan Turmuzi)

Selanjutnya Imam Muslim pula meriwayatkan dari Ubaid bin Umair R.A., katanya:

"Disampaikan orang kepada Aisyah R.A., bahawa Abdullah bin Umar menyuruh kaum wanita supaya melepas gulungan (sanggul) rambutnya apabila mandi. Aisyah berkata: "Hai, aneh (fatwa) Ibnu Omar...! Disuruhnya wanita melepaskan gulungan rambutnya ketika mandi. Mengapa tidak disuruhnya saja wanita mereka mencukur rambut kepala mereka...? Aku pernah mandi bersama dengan Rasulullah S.A.W. dari satu bejana. Ketika itu menuangkan air ke kepalaku tidak lebih daripada tiga kali". (H.S.R Ahmad, Muslim)

... kesimpulannya di sini adalah tidak lah perlu untuk menguraikan rambut ketika mandi Janabah

Tiada ulasan: