Senarai Blog Saya

Isnin, 14 Disember 2009

solat sunat tahiyyat masjid


Dua rakaat atau lebih, adalah sunat muakkadah, sehingga sunat itu tidak hilang walaupun imam sedang membaca khutbah pada hari Jumaat, serta diperkuatkan wajibnya memperhatikan kepada khutbah dari khatib itu.

Kalau dikerjakan solat fardu atau solat qadha ketika masuk ke dalam masjid, maka berhasillah tahiyyat itu dengan yang demikian dan berolehlah pahala. Kerana yang dimaksud, ialah tidak kosong pada permulaan masuknya, daripada ibadah yang tertentu dengan masjid, sebagai menegakkan hak dari masjid.

Dari itu, dimakruhkan memasuki masjid tanpa wudhuk, Kalau masjid itu dimasuki untuk dilewati/dilalui saja atau untuk duduk, maka hendaklah dibacakan: "Subhaanallah, walhamdulillah, walaa ilaaha illallaah, wallaahu akbar".

Dibacakan empat kali dan itu adalah menyamai pahanya dengan dua rakaat.

Ihya ulumiddin 1 ms 674

Tiada ulasan: