Senarai Blog Saya

Khamis, 24 Disember 2009

Pengenalan Kepada Najis


Najis terdiri dari 3:

1. Benda tidak bernyawa.
2. Haiwan dan
3. Bahagian-bahagian dari badan haiwan.

Adapun benda tidak bernyawa: maka semuanya suci selain khamar/arak dan tiap-tiap yang berasal dari buah anggur kering yang memabukkan.

Haiwan. semuanya suci, selain anjing dan babi dan anak dari keduanya atau dari salah satu daripada keduanya. Apabila haiwan itu mati, maka najis semuanya, kecuali lima:

1. Manusia
2. Ikan
3. Belalang
4. Ulat buah
5. Makanan yang berubah (Basi)

Tiap-tiap yang tidak mempunyai darah yang mengalir, seperti lalat, lipas dan lain-lainnya, maka tidaklah bernajis air dengan jatuhnya ke dalam air.

Bahagian dari badan haiwan. Ada dua jenis:

1. Yang dipotong daripadanya. Maka hukumnya seperti hukum bangkai. Rambut (Bulu), tidak menjadi najis dengan dipotong dan dengan sebab mati yang mempunyai rambut itu dan tetapi tulang itu menjadi najis dengan sebab-sebab yang demikian.

2. Barang-barang basah yang keluar dari perut haiwan. Maka tiap-tiap yang tidak berubah dan tidak mempunyai tempat tetap, maka adalah suci, seperti air mata, peluh, air liur dan hingus. Dan yang mempunyai tempat tetap, sedang dia itu berubah, maka adalah najis, kecuali benda itu adalah unsur bagi kejadian haiwan, seperti mani, dan telur. Nanah, darah, berak dan kencing itu najis dari seluruh haiwan.

Ihya Ulumiddin1 ms458

Tiada ulasan: