Senarai Blog Saya

Selasa, 28 April 2009

isteri yang solehah

Kebahagiaan hidup adalah perkara yang semua orang impikan. Kebahagiaan selalunya bermula di rumah. Siapa yang mendapat pasangan hidup yang baik patut bersyukur kerana di situlah tanda kebahagiaannya. Isteri atau suami yang baik ini juga membantu seseorang mendekatkan diri kepada Allah. Itulah antara kebaikan di dunia buatnya.


Sabda Rasulullah SAW : "Empat dari tanda-tanda kebahagiaan seseorang: Isterinya solehah, anak-anaknya abrar (soleh), teman-temannya orang soleh dan sumber rezekinya di negerinya sendiri." (Hadis Riwayat ad-Dailami dari Ali r.a.)

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga." (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)


Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.


Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.


Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri.

Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya.


Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya.

Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab.

Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Namun ada juga orang yang Allah beri kebaikan walaupun tidak mendapat pasangan hidup yang soleh atau solehah. Buat mereka Allah kurniakan pahala sabar dalam mendidik atau sabar dalam menghadapi kerenah pasangannya.

Ahad, 26 April 2009

Khusyukkan Solat


Khusyukkan Solat

Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran

Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud

Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita

Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang

Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin

Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang

Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih

Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut

Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir

Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu

Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat

Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu

Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya

Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya

Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

Malu Kepada Allah


ڤرنه مراسا مالو كڤد الله؟ ساي كيرا، جوابانڽ انتارا “يا“ دان “تيدق“. السنڽ ڤون ڤستي براڬام. تاڤي، بيارله “يا“ دان “تيدق“ قلبو كيت يڠ منجوابڽ.

سواتو كتيك، نبي ساو برسرو د هادڤن ڤارا صحابةڽ، “واهاي مأنسي، مالوله كاليان كڤد الله دڠن سبنر-بنر مالو.“ سساورڠ برتاڽ، “واهاي رسول الله، بوكنكه كامي تله مراسا مالو كڤد الله؟“ رسول الله كمودين منجواب، “بارڠسياڤا مالو كڤد الله; اي: [1] تيدق اكن تيدور ڽڽق د مالم هاري، كارنا اجل سلالو مڠينتاي د هادڤنڽ; [2] اكن منجاڬ ڤروت دان ايسيڽ; [3] ممليهارا كڤالا دان ڤيكيرنڽ; [4] مڠيڠت ماتي دان چوبأنڽ; دان [5] منيڠڬلكن كمڬاهن دنيا.“ ﴿هر. ابن ماجه﴾.

ايتله حقيقة مالو منوروت بڬيندا رسول الله ساو. باڬايمانا دڠن مالو يڠ اد دالم ديري كيت؟ سودهكه سڤرتي يڠ دانجوركن اوليه رسول ساو؟ اتاو سباليقڽ؟

[1] تيدق تيدور ڽڽق. مقصودڽ بوكن تيدق تيدور، تاڤي سباڬيان مالم اد وقتو خصوص ‘اونتوق الله'. تيدور اداله كبوتوهن جسماني. رسول الله ڤون تيدور د مالم هاري. بهكن منوروت بلياو، “تيدور اداله حق بادن كيت“. جادي، يڠ ڤرلو دبودياكن د سيني اداله باڬايمانا كيت مڽدياكن وقتو خصوص اونتوق برمناجات كڤد الله، كتيك اورڠ لاين –موڠكين–ترتيدور ڤولس د اتس كاسور امڤوكڽ. كارنا منوروت الله –دالم سوره الموزمميل–باچان شلت مالم لبيه بركسن. تيدورله د مالم هاري، تاڤي جاڠن لوڤاكن الله يڠ ممبريكن نعمت ‘مڠنتوق' دان نعمت ‘چيتا راس تيدور' كڤد كيت.

[2] منجاڬ ڤروت. يا، ڤروت اداله ‘ميسين' مأنسي. اي هاروس دايسي اڬر بيسا برڬرق دڠن باءيق دان ستابيل. تتاڤي، ايسي ڤروت هاريس ‘دايديت': تيدق اصل ماكن، تيدق اصل ماسوق، تيدق اصل چڤلوق. يڠ نامڽ ميسين، ايسيڽ تيدق بوليه “هيتيروڬين“. هوموڬينيتس ايسي ڤروت هاروس بنر-بنر دڤرتاهنكن. مقصود ساي اداله “كهلالن“ ماكنن. ماكنن –اڤڤون بنتوق دان موديلڽ–هاروس حلال دان باءيق، حالالن ثايييبن كات الله سبحان وتعالى د دالم القر'ان. زمان سكارڠ اين، اورڠ تيدق مالو لاڬي ڽڤلوق ماكنن. تق ڤدولي حلال-حرام، يڠ ڤنتيڠ ڤروت كينياڠ. بهكن سوده اد ستيتمن يڠ ساڠت ممالوكن دان مميلوكون، “جاڠنكن يڠ حلال، يڠ حرام ساج سوسه دچاري.“ نا‘اوذ بيلله مين ذليك. اورڠ يڠ اصل ماسوقكن ماكنن ك دالم ڤروت بسرڽ اداله اورڠ يڠ تيدق تاهو مالو د هادڤن الله. الله سوده مڽدياكن رزقي يڠ بڬيتو باڽق، كناڤ ماسيه اد راس سوليت دالم منجمڤوتڽ؟

[3] ممليهارا كڤالا دان ايسيڽ. يوڤس، كڤالا هاروس دجاڬ. جاڠن اصل ميكير. جاڠن اصل ڤوتر اوتق. سمواڽ هاروس دڤرتيمبڠكن دڠن باءيق دان ماتڠ. ڤوسيتيۏ ثينكيڠ، اين موڠكين يڠ ڤاس اصطلاحڽ. كات اورڠ عرب، التفقîر الîجâبî، برڤيكيرله دڠن ڤوسيتيف. جاڠن سلالو برڤيكير يڠ ڠريس، كوتور، جاهت، سو'اوززهنن، دلسب. تنتڠ رزقي، برڤيكيرله دڠن باءيق ﴿هوسنوززهن﴾ كڤد الله. تنتڠ ڤريستاسي، برڤيكيرله دڠن باءيق دان سهات تنتڠ اوسها كيت دالم مرايهڽ. تنتڠ عباده كڤد الله، كوريك سا ﴿محاسبة﴾له ستياڤ ساعت، اڬر ڬرافيقڽ منيڠكت دان سماكين منتڤ. منوروت سأورڠ اهلي، برڤيكير نيڬاتيف ﴿سو'اوززهن﴾ اداله ساتو چارا اڬر چڤت ماتي.“ توه، ايمنڬڽ اينق؟

[4] مڠيڠت ماتي. بوكن هاڽ مڠيڠت ماتي، تاڤي جوڬ چوبأنڽ كات بڬيندا رسول ساو. اڤ چوبأن كمااتيان ايت؟ چوبأنڽ اداله ساكراتول موت، “ساكيتڽ مراساكن روح كتيك كلوار دري توبوه“. يا الله. كيت سلالو مراسا موت ايت ماسيه جاوه، سهيڠڬ كيت تيدق ڤرنه مراسا مالو كڤد الله. كيت سلالو مراسا بهوا عمل كيت سوده باءيق، سوده سمڤورنا. دڠن بڬيتو، كيت تيدق ڤرنه مراسا دان برڤيكير بهوا موت اكن داتڠ منجلڠ. زيكرو هاديمي اللاذذت هاروس دڤرباڽق كات نبي ساو. “اكثيرو مين ذكري هاديمي اللاذذت، “ڤرباڽقله مڠيڠت سڠ ڤموتوس كنيقمتن“. يا، كيت هاروس باڽق مڠيڠت ماتي، كالاو كيت بنر-بنر مراسا مالو كڤد الله. نبي ساو ساج كتيك مراساكن ساكيتڽ ساكراتول موت سمڤأي بركريڠت دان بركات، “يننا ليلموتا لساكارت، “سوڠڬوه، كماتين ايت مميليقي راس ساكيت يڠ ساڠت دهشت، كتيك روح ماو كلوار دري توبوه“. استريڽ ترچينتا، ايبوندا عايشه، سمڤأي برولڠ-اولڠ ممباسوهكن اير ك موك بلياو يڠ ساڠت مليا ايت. لها، كيت؟ سبراڤ سريڠ كيت مڠيڠت ماتي؟ جاڠن-جاڠن كيت تيدق ڤرنه مڠيڠتڽ.

[5] منيڠڬلكن كمڬاهن دنيا. بوكن منيڠڬلكن كنيقمتنڽ. كارنا نعمت يڠ اد ددنيا اين ميمڠ دچيڤتاكن اونتوق كيت اوليه الله. يڠ تيدق بنر اداله، كيت ترلالو برمڬه-مڬه دالم منعمتيڽ، سمڤأي كيت تيدق مراسا مالو كڤد الله. دي-له سڠ ڤمبري رزقي د دنيا اين. كيت تيدق بوليه اصل چوموت رزقي-ڽ، اد اتورن ماءين د دالمڽ. د دالم سوره التاكثور الله تله مڠيڠتكن، “كاليان تله دلالايكن اوليه ڬاي مينومڤوك-نومڤوك كمڬاهن دنيا. ﴿كاليان بارو سادر﴾ سمڤأي كاليان ‘زياره' ك عالم قبور.“ يا، كتيك كيت ‘زياره' ﴿سيڠڬه سبنتر﴾ د عالم برزكه، كيت بارو تاهو ترڽات ڤريڠاتن الله ايت بنر. كبڽقان مڠجر دنياوي، مينومڤوك ككايأن يڠ تياد هنتي دان تنڤا باتس ممبوات قلبو كيت ماتي. كيت تيدق مالو كڤد الله. دلالايكن اوليه كنيقمتن دنيا، اخيرڽ كيت لالاي دري زيكرولله يڠ لبيه نعمت دري ماكنن دان مينومن اڤڤون. زيكرولله لبيه تنڠ دري كتنڠن مان ڤون. الا بيدزيكريلله تتهم'يننول قولوب. ايڠت، كات الله، دڠن برذيكير كڤد الله له هاتي-هاتي كاليان منجادي تنڠ دان تنترام. سيلاهكن دنعمتي كنيقمتن دنيا اين، تاڤي جاڠن لوڤاكن اخيرة. د سان كامڤوڠ هلامن كيت يڠ هاكيكي. دان كيت ڤستي اكن كمبالي ك سان. “چاريله اڤا٢ يڠ تله دبريكن كڤدامو دري كهيدوڤن اخيرة. نامون جاڠن لوڤا اونتوق منعمتي باڬينمو د دنيا اين.“ ﴿قس. القشاش: 77﴾.

يا الله، هيدوڤكن له قلبو كامي دڠن “راس مالو'“ كڤدامو. تولوڠله كامي اڬر سنانتياسا مڠيڠت-مو، برشكور اتس نعمت-مو دان برعباده دڠن باءيق كڤد-مو. أمين يا ربّال ‘عالمين. [] ﴿ميدن، 23 اوكتوبر 2007﴾

Menguap


Menguap jadi wajib sekiranya dengan tidak menguap boleh memudaratkan tuan punya badan. Katalah kita terlalu mengantuk... menguap adalah tindakan biologi seseorang yang mengantuk. Tetapi oleh kerana kita malu (dikhalayak ramai), kita menahan diri untuk menguap sehingga ke tahap yang boleh memudaratkan (sakit kepala). Maka ketika itu wajib kita menguap. Wajib ertinya perlu menguap dan diberi pahala. Sekiranya tidak menguap jatuh berdosa.

Menguap jadi haram apabila kita berpura-pura menguap untuk menyakitkan hati orang lain. Ketika ceramah, kursus misalnya kita menguap untuk menunjukkan kita benci atau bosan dan mengharapkan pensyarah tersebut akan pergi atau menamatkan ceramahnya.
Menguap jadi sunat jika dilakukan mengikut sunnah Rasulullah dengan menutup mulut dan membaca taawwuz. Sangat tertib dan sopan sekali.

Menguap hukumnya harus pada mana-mana posisi tubuh, samada berdiri, duduk atau berbaring jadi boleh sahaja menguap dan ‘gaya bebas’ gitu...
Menguap yang makruh apabila dilakukan tanpa sopan iaitu dengan membuka mulut seluas mungkin tanpa menutupnya yang menyebabkan dipandang buruk oleh orang ramai dan dibenci oleh Allah.

Jadi sempena kita menguap tu biarlah berpahala mengikut yang disyariatkan, agar besok-besok di ‘sana’ nanti kita akan jadi orang-orang yang beruntung, ada pahala lagi, pahala menguap.

Jumaat, 24 April 2009

Pesanan Untuk Anak - Imam Ghazali

Pesanan Imam Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinan.

Anak ku! engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan.... Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal, dan rakan hidup yang tidak biasa dengannya,.. itulah suami mu.

Jadikanlah diri mu khadam kepadanya, nexcaya dia pula akan menjadi khadam kepada mu.

Jangan engkau memaksa-maksa apabila meminta sesuatu daripadanya... dengan cara yang demikian akan menjadikan dia merasa benci pada mu.

Jangan pula engkau menjauhakn diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, makan yang eloknya jauhkan diri mu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya, janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripada mu melainkan yang harum, jangan membiarkan dia melihat sesuatu daripada mu melainkan yang cantik belaka.

Khalwat Dalam Islam

Konsep khalwat merupakan satu perkara yang amat praktikal dalam
menjernihkan fikiran dan rohani.
1. Nabi saw mengasingkan diri atau berkhalwat di Gua Hira sehingga
mendapat wahyu. Amalan ini diikuti oleh ramai sufi terutama yang
dapat pergi ke gunung atau hutan. Namun ia tidak boleh dimaknakan
sebagai bertapa iaitu amalan yang dikaitkan dengan agama
lain dari Islam.
2. Solat juga merupakan khalwat apabila fikiran kita tertumpu kepada
Allah dan kita mengasingkan dunia.
3. Puasa juga merupakan amalan bersifat khalwat apabila kita
mengasingkan dunia daripada makan minum, seks dan apa jua
tuntutan nafsu.
4. Haji merupakan khalwat terbesar kerana apabila berada dalam ihram,
kita tunduk zahir dan batin atas segala syarat yang dikenakan Allah
SWT. Ketika wuquf (berihram dan berada di Arafah), haji itu adalah
lambang kematian dan kebangkitan serta perhimpunan agung di
Padang Mahsyar.

Menggunakan program FDISK

Format Menggunakan program FDISK (Low Level Format)

- Mula-mula ‘set’kan sistem ‘booting’ kepada drive A: dengan cara memasuki ‘Setup’.
- Kemudian ‘boot’kan komputer tersebut dengan menggunakan disket yang mempunyai sistem ‘booting’ di dalamnya sehingga keluar A:/>.
- Pada A:\> taipkan seperti berikut:-

A:\> FDISK Tekan ENTER

- Menu seperti berikut akan dipaparkan pada skrin:-

Choose one of the following:-
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive.
2. Set active partition.
3. Delete partition or Logical DOS Drive.
4. Display partition information.

ENTER Choice : [x]

- Pilih ‘4’ dan tekan ENTER untuk melihat partition-partition yang terdapat didalam hard disk.
- Setelah pasti partition mana yang hendak di padamkan (delete), pilih ‘3’ dan tekan ENTER untuk memadamkan partition tersebut.
- Kekalkan partition mana yang tidak mahu di padamkan.
- Kemudian pilih ‘1’ (Create DOS partition) untuk membina semula partition yang dipadam tadi dan juga untuk membolehkan komputer ini
‘boot’ dengan sendirinya tanpa menggunakan disket.
- Komputer akan RESTART dengan sendirinya selepas arahan ini.
- Untuk format hard disk, masukkan disket yang mempunyai arahan format ke dalam drive A dan mulakan format dengan menaip arahan
seperti berikut:-

A:\> format c:/s/v

- Kemudian satu arahan untuk kepastian akan dipaparkan pada skrin. Pilih ‘Y’ untuk meneruskan arahan format ataupun ‘N’ sekiranya tidak
mahu format hard disk tersebut.