Apabila Allah berkata kepada para malaikat yang ia akan menjadikan khalifah di muka bumi, malaikat pun membangkang. Tindakan malaikat ini menimbulkan kemurkaan Allah. Maka para malaikat pun segera memohon ampun dari Allah dengan mengelilingi 'Arasy sebanyak 7 kali' sehinggalah Allah mengampunkan mereka. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat agar mendirikan sebuah rumah di bumi yang andainya anak-anak Adam melakukan dosa maka mereka bolehlah mengelilingi rumah itu sebanyak 7 kali (Baitullah - Kaabah). Maka turunlah malaikat ke bumi membina Kaabah.
Setelah siap Allah mengangkatkannya ke langit yang keempat ketika Dia manjadikan banjir. Allah juga menjadikan sebuah menara di samping Kaabah yang dinamakan Baitul Makmur. Panjang menara ini 500 tahun perjalanan. Bila tiba setiap hari Jumaat akan naiklah malaikat Jibrail a.s ke menara Baitul Makmur itu lalu melaungkan azan. Manakala malaikat Israfil a.s. naik ke atas mimbar dan berkhutbah sementara malaikat Mikail a.s. menjadi imam bagi sekalian para malaikat.
Setelah sesesai solat berkata malaikat Jibrail a.s, "Pahala yang aku dapati dari solat berjamaah ini aku berikan kepada pembaca khutbah yang berada di bumi."
Berkata malaikat Mikail pula, "Pahala yang aku perolehi sebagai imam ini akan aku berikan kepada mereka yang menjadi imam di bumi pada hari Jumaat."
Berkata sekaliah para malaikat, "Pahala yang kami dapati dari solat berjaamah ini kami berikan kepada mereka yang menjadi makmum di belakang imam. Berkata Allah, "Wahai sekalian malaikatKu! Adakah kamu lebih pemurah kepada hambaKu dariKu, sedangkan Akulah yang Maha Pemurah dari segalanya. Bersaksilah wahai para malaikatKu, Aku telah mengampuni mereka.
petikan: Majalah siti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan