Kita diciptakan oleh Allah untuk dua misi utama
Menjadi hamba Allah. Firman Allah: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainakn untuk beribadah kepada-Ku.
Menjadi khalifah di dunia. Firman Allah yang bermaksud; "Aku jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi."
Untuk melaksanakan dwifungsi ini, Allah swt menjadikan manusia dalam bentuk dalam dan luaran yang sesuai dengan misi besar kewujudannya. Fizikal, mental, emosi dan spritual manusa sangat kompleks dan versatil berbanding makluk lain yang kecil peranannya. Dan manusia diberi segala bekalan dan keperluan untuk "menguasai" dunia ini dan makhluk-makhluk yang lain.
Firman Allah, bermaksud: "Dia (Allah) yang menciptakan apa yang di bumi ini seluruhnya untuk kamu." (Surah al-Baqarah 2:29)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan