2. Untuk meletakkan gambar adalah di www.flickr.com.
3. Memuat-turunkan video dari youtube, malah ianya memberikan kita pilihan untuk menyimpan adalah www.flvix.com
Setiap sesuatu kebaikan untuk diri sendiri, keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, masyarakat dan seluruhnya kepada Alam adalah pahala sedekah untuknya. suatu catatan untuk diri sendiri dan saudara seIslam.
Tulisan ini masih terkait dengan pengalamanku ketika mengikuti pengajian dirumah. Sebelumnya aku menulis mengenai orang-orang yang membaca Al-Qur’an dengan sangat cepatnya sampai-sampai aku bertanya dalam hati apakah tajwidnya sudah dibaca secara benar atau belum ketika mereka membaca ayat-ayat Al-Qur’an?
Marilah kita lihat lagi ke dalam Ummul Kitab yang merupakan seluruh intipati isi Al Quran dan Sunnah, demi untuk keselamatan manusia dunia dan Akhirat.
Ummul Kitab ataupun Al Fatehah itu, bagi siapa yang mengamalkannya akan mendapat kemenangan. Ia bukan sahaja surah pembuka Al Quran tetapi pengertian sebenarnya ialah 'Surah Kemenangan'.
Dengan maksud, kalau diamalkan, ia adalah penentu, pembawa kemenangan. Ia bukan surah pertama diturunkan tetapi isinya itu kalau difahami, dihayati, diamalkan dalam kehidupan dan perjuangan, maka ia boleh membawa kemenangan. Al Fatehah dimulai dengan: Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (Al Fatehah: 1)Di sini Tuhan sebut dengan nama-Nya, yang mana Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dua sifat ini adalah sifat Tuhan yang termasuk dalam Asmaul Husna yang 99.
Ertinya sifat-sifat Tuhan yang disebut dalam Asmaul Husna yang ada dalam Quran dan Hadis itu semuanya merupakan satu pakej yang memperlihatkan kebesaran, keagungan dan kehebatan Allah. Daripada keseluruhan nama-Nya itu, yang Tuhan tidak sebut sebenarnya lebih banyak tidak terhingga. Ertinya kebesaran dan keagungan Tuhan tidak ada kesudahan tetapi Tuhan hanya sebutkan 99. Apa yang peliknya, daripada 99 sifat Tuhan itu, Tuhan sangat menonjolkan sifat Rahman dan Rahim-Nya.
Sebab itu Hadis ada menyebut:Maksudnya: "Setiap perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanir rahim maka terputuslah berkatnya."Tuhan tidak pilih sifat-sifatnya yang lain. Contohnya: Bismillahi Jabbar, Bismillahi Sobur atau Bismillahi Syakur. Mengapa Rahman dan Rahim yang dipilih? Daripada perkataan Bismillahirrahmanir rahim tersebut, bismi itu bukan sifat. Allah itu pula nama yang dikatakan Ismu Jalalah iaitu nama yang Maha Agung. Ia nama bagi satu Zat yang dikatakan Dialah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Manakala Rahman dan Rahim itu sifat Allah. Yang dimasyhurkan dan dipopularkan ialah dua sifat-Nya iaitu Rahman dan Rahim. Dua sifat inilah yang sangat menonjol.
PENGENALAN
Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.
Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI" dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau
Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad??? dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.