Senarai Blog Saya

Sabtu, 19 Disember 2009

Mandi Janabah dengan Rambut Tersanggul


Persoalan. Apakah diwajibkan menghuraikan rambut bersanggul ketika mandi janabah tersebut.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (Hadis Sahih) daru Ummu Salamah R.A., katanya

"Ya Rasulullah...! Aku seorang wanita yang suka menggulung rambut (menyanggul) rambutku. Apakah sanggul itu mesti aku huraikan setiap aku mandi janabah...?" Rasulullah menjawab: "Tidak perlu...! Cukuplah dengkau tuangkan air ke atas kepalamu sebanyak tiga kali, kemudian siramlah air ke tubuhmu, bererti engku telah suci". (H.S.R Ahmad, Muslim dan Turmuzi)

Selanjutnya Imam Muslim pula meriwayatkan dari Ubaid bin Umair R.A., katanya:

"Disampaikan orang kepada Aisyah R.A., bahawa Abdullah bin Umar menyuruh kaum wanita supaya melepas gulungan (sanggul) rambutnya apabila mandi. Aisyah berkata: "Hai, aneh (fatwa) Ibnu Omar...! Disuruhnya wanita melepaskan gulungan rambutnya ketika mandi. Mengapa tidak disuruhnya saja wanita mereka mencukur rambut kepala mereka...? Aku pernah mandi bersama dengan Rasulullah S.A.W. dari satu bejana. Ketika itu menuangkan air ke kepalaku tidak lebih daripada tiga kali". (H.S.R Ahmad, Muslim)

... kesimpulannya di sini adalah tidak lah perlu untuk menguraikan rambut ketika mandi Janabah

Isnin, 14 Disember 2009

Kesusahan Dunia untuk Kesenangan Akhirat


Ibnul Qayyim berkata, “Orang-orang yang berakal sehat dari setiap umat telah bersepakat bahwa kenikmatan akhirat tidak akan dapat diraih dengan kenikmatan dunia, dan bahwa barangsiapa yang menginginkan untuk beristirahat di akhirat maka ia akan bekerja keras dunia karena seseorang akan mendapatkan kenikmatan akhirat sesuai dengan tenaga yang ia kerahkan di dunia untuk meraihnya.”

Pelajar Diberi Zakat. - Golongan Fakir


Kalau ia sedang belajar dan terhalang dari belajar dengan berusaha, maka dia itu fakir dan tidak dikira kesanggupannya berkerja.

Ihya Ulumiddin 1 ms 731

solat sunat tahiyyat masjid


Dua rakaat atau lebih, adalah sunat muakkadah, sehingga sunat itu tidak hilang walaupun imam sedang membaca khutbah pada hari Jumaat, serta diperkuatkan wajibnya memperhatikan kepada khutbah dari khatib itu.

Kalau dikerjakan solat fardu atau solat qadha ketika masuk ke dalam masjid, maka berhasillah tahiyyat itu dengan yang demikian dan berolehlah pahala. Kerana yang dimaksud, ialah tidak kosong pada permulaan masuknya, daripada ibadah yang tertentu dengan masjid, sebagai menegakkan hak dari masjid.

Dari itu, dimakruhkan memasuki masjid tanpa wudhuk, Kalau masjid itu dimasuki untuk dilewati/dilalui saja atau untuk duduk, maka hendaklah dibacakan: "Subhaanallah, walhamdulillah, walaa ilaaha illallaah, wallaahu akbar".

Dibacakan empat kali dan itu adalah menyamai pahanya dengan dua rakaat.

Ihya ulumiddin 1 ms 674

Jumaat, 20 November 2009

Hujan

Seharian, semingguan hujan turun membasahi bumi memberi kehidupan kepada makluk-makluk
Allah samada hidup atau pun mati.

Alhamdulillah kita masih diberi ruang untuk menerima hujan, menerima nikmat erti basah, sejuk dan segarnya air yang menimpa. Walaupun kekadang ada juga yang terkena membawa kepada ketidakselesaan tetapi itupun ada manisnya ada kenangannya yang bakal disimpan dalam memori menyatakan itu adalah yang terbaik untuk kita.

Allah maha besar, maha agung, maha memberi dan maha memahami kemampuan makhluknya, semoga dikurniakan nikmat Islam dan Iman yang berpanjangan untuk hambaMu ini.

Selasa, 29 September 2009

lawatan

Hari ini ada lawatan tapak ke Parlimen, pertama kali jejak ke Parlimen kira okay juga, tau lah tempat di mana ahli-ahli parlimen masuk dan tempat siar.

Ahad, 27 September 2009

Balik Kampung Dewan Kechil, Machang

Alhamdulillah ana selamat sampai ke kelantan setelah merendah jalanraya dalam kegelapan malam yang mana sekali sekala ditimpa hujan, namun demi meraikan aidil fitri bersama bonda tercinta tercapai juga.


Bermula jam 12 malam, bukan mengambil kesempatan kerana dikecualikan membayar tol, tetapi pergerakan di waktu malam (tengah malam) memang menyegarkan kerana cuaca dan suasana tidak lah 'panas' berbanding dengan siang.


Memasuki lebuhraya karak... jalan ok tetapi lepas tol aje dah jem.... beberapa minit sahaja dah macam tu,.. agak ana bila lah nak sampai... terus ana membuat pusingan U tak jadi lalu ikut Raub, Kuala Lipis tetapi ikut Kuantan - Kuala Terengganu - Machang.


Walau penat alhamdulillah sampai jam 10 pagi... dengan cuaca yang segar, semuanya selamat. Apa lagi terus aje melabuhkan kapal di pelabuhan... tidur barang sejam dua bagi melepaskan penat badan,.