Senarai Blog Saya

Rabu, 8 April 2009

Mengenal Diri



Ringkasnya (jawapan lengkap kena mai kuliah le... ) Khaliq dan makhluk dua 'hal' yang berbeza dan berlawanan. Hanya ada 'dua hal' sahaja iaitu 'Khaliq' dan 'makhluk', tak ada yang lain.Khaliq tidak boleh dilihat, digambarkan, ditunjukkan dan sebagainya. Oleh itu, satu-satunya cara untuk mengenal Khaliq ialah dengan mengenal satu-satunya 'lawan'nya iaitu makhluk-kerana tak ada yang lain. Maka, apabila sudah kenal makhluk, selepas itu barulah berupaya unuk mengenal Khaliq. Begitu.Bukan seperti fahaman mereka yang jahil, kononnya apabila disebut 'kenal diri kenallah Allah' maksudnya diri itulah Allah- bukan. Fahaman mereka tersilap lalu menghukum sesat mudah-mudah. Yang kita maksudkan ialah- kenal diri terlebih dahulu maka selepas itu barulah mampu mengenal Allah.Saya beri satu contoh:Kita hendak kenalkan budak pra-sekolah warna hijau dan warna merah (sahaja). Kita letak sepuluh biji bola merah dan sepuluh biji bola hijau dalam satu dulang (hanya ada dua warna sahaja). Kita maklumkan kepada pelajar yang pelajaran hari ini ialah untuk mengenal warna hijau (kita andaikan para pelajar belum kenal warna merah dan hijau)."Baik anak-anak, dalam dulang ini ada bola merah dan hijau. Selepas penerangan saya nanti, saya mahu kamu tunjukkan bola berwarna hijau."Kemudian guru ambil sebiji bola warna merah dan sebut "Bola ini berwarna merah" lalu dikeluarkan daripada dulang.Kemudian guru ambil sebiji lagi bola warna merah dan sebut "Ini juga bola berwarna merah." lalu dikeluarkan.Begitulah untuk bola yang seterusnya hingga bola yang kelima. Semuanya warna merah."OK pelajar. Sekarang, saya mahu Azlin ambil sebiji bola berwarna hijau."Sekiranya Azlin tidak bengap, sudah tentu dia akan ambil sebiji bola berwarna hijau dan bukannya merah. Sebab apa? Sebab dia sudah kenal lima biji bola warna merah, lalu secara automatik dikenalnya warna hijau kerana dalam dulang itu hanya ada dua hal (*SAHAJA) iaitu "merah' dan 'hijau'.Begitulah tamsilannya. Apabila ita sudah kenal makhluk/ diri, kemudian barulah kita boleh kenal Khaliq.Insyaallah boleh faham.*Semalam ada dua orang anak muda belasan tahun datang hendak dengar penerangan ana. Yang seorang buat kali kedua (sehari sebelum itu sudah datang), yang seorang lagi kali pertama. satu sesi satu setengah jam. Maksudnya seorang baru dengar 3 jam dan seorang lagi baru dengar 1 jam setengah.Alhamdulillah... baru sekadar itu saja mereka sudah boleh faham hingga meng-Esakan af'al Allah, sudah masuk peringkat awal hakikat.Wallahualam.


Isnin, 16 Februari 2009

Pengertian Kalbu


Hati sanubari iaitu seketul daging yang berbentuk jantung yang terletak di sebelah kiri dada dan di dalamnya ada rongga, sedangkan di dalam rongga itu terdapat darah hitam. Di sinilah pusat pancaran dan lombong nyawa. Maksud kami disini bukalah untuk memperincikan tentang bentuk hati sanubari atau jantung itu dan cara-cara ia bekerja, kerana perincian seperti itu mempunyai hubungan dengan ikhtisas para doktor dan tidak mempunyai hubungan dengan maksud-maksud keagamaan. Hati sanubari terdapat pada semua haiwan, juga terdapat pada orang mati. Hati sanubari merupakan kejadian dari alam nyata yang dapat dilihat oleh binatang apatahlagi manusia.

Ahad, 15 Februari 2009

Hati Dengan Tentera Batinnya


Nafsu marah dan nafsu syahwat mungkin tunduk dengan sepenuhnya kepada pimpinan hati dan menjadi temannya yang baik di dalam pengembaraannya itu. Tetapi mungkin pula kedua-duanya mendurhaka dan menentang serta menawan hati dan memperhambakannya sehingga membawa kepada kebinasaannya dan terhalang pengembaraannya menuju ke arah kebahagiaan yang abadi.

Hati juga mempunyai tentera yang lain iaitu ilmu pengetahuan, hikmat dan tafakkur (renungan) yang patut sekali dipergunakannya, kerana ia ini termasuk di dalam golongan hizbu Allah (pengikut-pengikut Allah) berbeza daripada marah dan syahwat yang mana boleh termasuk di dalam golongan hizbu syaitan (pengikut-pengikut syaitan).

Kerugian pasti akan menimpa sesiapa yang membiarkan dirinya dikuasai oleh kemarahan syahwat, serta tidak mempergunakan ilmu pengetahuan dan tafakkur itu. Demikianlah halnya kebanyakan manusia yang meletakkan akal di bawah telunjuk syahwat sedangkan sepatutnya syahwat itu hendaklah berada di bawah telunjuk akal. Di sini dibawakan tiga contoh mengenai hal ini:

1. Nafsu di dalam jasmani manusia adalah seperti raja di dalam negeri. Maksud nafsu di sini ialah latifah (tenaga seni) yang telah disebutkan terdahulu itu. Badan ialah kerajaan nafsu, dunianya, tempat menetapnya dan bandarnya. Sementara anggota-anggota jasmani dan tenaganya adalah merukan tukang-tukang dan pekerja-perkerja, akal fikiran sebagai penasihat dan menteri yang bijaksana, nafsu syahwat sebagai hamba jahat yang membawa makanan dan bekalan ke negeri itu, nafsu marah adalah sebagai polis.

Hamba jahat pembawa bekalan itu adalah pendusta, penipu, pintar memutar belit dan berlagak sebagai penasihat tetapi nasihatnya mengandungi racun pembunuh. Kebiasaan hamba ini ialah penentang pendapat dan urusan menteri penasihat itu. Andainya pihak raja terus berpegang kepada menterinya, mendapatkan nasihat-nasihatnya, menolak nasihat yang salah dari hambanya yang jahat itu, dan pihak polis menjadikan hamba itu tunduk di bawah perintah bukan menjadi pemerintah, nescaya aman tenteramlah negeri itu. Bagitu juga dengan nafsu manusia, apabila ia mempergunakan akal, mencontoh perintah-perintahnya dan bekerjasama dengan nafsu marah dan nafsu syahwat untuk menundukkan salah satunya. Umpamanya bekerjasam dengan syahwat untuk meredakan api kemarahan yang meluap-luap dan kadang-kadang bekerjasama dengan nafsu marah untuk menundukkan syahwat serta memburuk-burukkan tuntutan-tuntutannya, dengan ini akan siimbanglah kekuatan akal dan baik pulak akhlaknya. Sesiapa yang menyimpang dari jalan ini maka ia adalah sama seperti orang yang difirmankan oleh Allah:

Maksudnya: "Adakah engkau lihat orang yang menjadikan nafsunya sebagai Tuhannya, dan Allah menyesatkannya menurut pengetahuannya".

[Surah Al Jathiah, 23)




Khamis, 12 Februari 2009

Kebersihan Jiwa dan Rohani


Antara sifat terpenting yang perlu ada pada pemimpin Muslim ialah kebersihan jiwa dan roh. Ia haruslah merasakan beratnya amanah yang dipikulnya dan dialah orang yang paling patut menunaikannya. Disamping itu pula, segala tanggungjawab kepimpinannya itu dan juga segala kewajibannya terhadap masyarakat umum, sekalipun banyak yang besar, tidaklah harus menghalanginya daripada memberi perhatian kepada dirinya dan menyelidiki serta memeriksa segala keaiban dan dosanya sendiri. janganlah ia tertipu dengan kerja-kerjanya yang tidak habis-habis itu, sehingga boleh menghilangkan unsur keikhlasan yang mana segala kerja itu akan hanya menjadi abu yang dihembuskan angin sahaja di sisi Allah Taala. Allah tidak akan menerima sesuatu amalan itu melainkan yang suci (ikhlas) dan baik sahaja sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

"Dan Kami perhatikan amalan yang telah mereka kerjakan, lalu Kami jadikannya sebagai debu yang bertaburan".

[Al-Furqaan: 23]

Pemimpin hendaklah sentiasa mengingati Allah. Sentiasa memikirkan tentang mati, tentang kubur, tentang syurga dan neraka. Hendaklah ia mengelokkan ibadatnya, membanyhakkan amalan-amalan sunat, tidak meninggalkan sembahyang-sembahyang tahajjud waktu tengah malam (qiamu llail): firmanNya yang bermaksud:

"Bahawa mendirikan sembahyang di larut malam itu adalah sangat dalam kesannya (di dalam perasaan) serta lebih betul sebutannya (bacaannya)".

[Al Muzzammil: 5]

Apakah kepimpinan?


Kepimpinan ialah sejenis seni hubungan perilaku manusia, pengaruh gaya tindakannya serta penghalaannya ke arah matlamat yang tertentu, dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan kepercayaan dan penghormatannya.

Kejayaan kepimpinan dalam fungsinya ini adalah terletak di atas sejauh manakah keistimewaan dan ciri-ciri utama yang dimiliknya. Adalah dimaklumi, bahawa di sana terdapat setengah-setengah sifat semula jadi yang mungkin boleh membantu untuk memperkembangkan bakat-bakat kepimpinan, tetapi hanya ke batas dan kadar yang tertentu sahaja. Maka untuk menyempurnakan watak kepimpinan itu haruslah ada potensi-pontensi lain dari segi fikiran, rohanian, jasmani, keorganisasian, akhlak dan peribadi.

Status 'pemimpin' ding sangat sensitif. Selagi peribadainya tidak mencakupi ciri-ciri kepimpinan yang perlu, maka status kepimpinannya akan terus bergoyang dan tidak tenteram meskipun ia meskipun ia mempunyai pengetahuan yang banyak serta mempunyai kemampuan berpidato. Ini ialah kerana lojika pergerakan itu berlainan daripada lojika bercakap. Dakwah Islamiah adalah suatu organ pergerakan yang berkesatuan. Kerana itu, segala gerak-geri perjalanan dan sentimen hanyalah dapat dikawal dan ditentukan arahnya oleh lojika peroganisasian, perencanaan dan pengalanan yang rapi.

...seterusnya Kebersihan Jiwa dan Rohani.

Selasa, 3 Februari 2009

Asas Mengenal Komputer



Barangkali anda sering didatangi jurujual komputer ketika berada di pasaraya atau di pameran ICT. Anda menerima lembaran iklan atau 'fliers' yang menunjukkan sebuah atau beberapa buah set komputer dengan senarai komponen dan harga yang berbeza-beza.
Sebagai contoh, sehelai fliers yang saya terima ketika mengunjungi pameran ICT mencatatkan senarai berikut untuk satu set komputer;

Intel Core 2 Duo* E6300-1.86GHz
MSI 7255 Quality Board
1 GB DDR-II RAM
250GB SATA-II HDD
1.44MB Floppy Drive
Built-in VGA Card & Sound
19" TFT LCD Screen
PS/2 Soft Touch Keyboard & Optical Mouse
18XDVD Writer ( Can burn CD & DVD)
Power Stereo Speaker
56K Internet Modem & 10/100 LAN
MS Windows XP Home

Bagi mereka yang berlatar belakangkan IT pasti sedia maklum dan tiada masalah memahami apa yang tercatat diatas. Tetapi bagi mereka yang tiada pengetahuan atau cetek ilmu, semua ini hanya memeningkan kepala sedangkan keperluan untuk memiliki komputer adalah mendesak. Ini pasti menyukarkan mereka membuat penilaian dan pemilihan ketika membeli komputer.
Maka dalam artikel ini saya akan menerangkan sekadar termampu tentang apakah yang tercatat pada senarai tadi dan apa yang benar-benar diperlukan oleh sesebuah komputer.

1.Intel Core 2 Duo* E6300-1.8GHz

-Ini adalah salah satu model bagi apa yang dipanggil sebagai Central Processing Unit (CPU). CPU seumpama sistem saraf dalam otak manusia. Fungsinya adalah mentafsir maklumat dalam operasi sesebuah komputer. CPU adalah komponen paling penting dalam sesebuah komputer. Tanpanya komputer anda tidak dapat dihidupkan kerana setiap komponen dalam komputer bergantung kepadanya untuk berinteraksi antara satu sama lain. Biasanya semakin tinggi kelajuan Hz tu semakin laju suatu komputer.

Selasa, 20 Januari 2009

Pengenalan Komputer


Komputer Berjenama dan klon

Apa itu klon?

Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa. Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan kion

Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi. Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia. Bagi komputer yang bedenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya. Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan. Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan. Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil. Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda

Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini. Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat. Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih. Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet. Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika. Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.

Langkah-Langkah Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan dengan elektrik. Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan. Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik.

Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.

Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity).

Peralatan Kerja (Tools)

Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi. Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya. Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.

http://notakom.tripod.com/